This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, November 26, 2012

Sihat 1 Malaysia


Dengan perkembangan sosial yang semakin mantap dan berpaksikan teknologi canggih, kehidupan manusia kini telah menjadi berwarna-warni di mana arus perubahannya telahpun mencapai tahap maksima. Di samping menikmati dan mengejar kemudahan serta manfaat yang diwujudkan oleh pembangunan yang pesat, manusia juga tidak berhenti dalam meningkatkan kualiti kehidupan, berusaha dalam penyelidikan dan pembangunan projek baru. Ini bertujuan untuk memperbaiki lagi taraf hidup agar persekitaran kita akan menjadi lebih baik dan bermutu tinggi.

Namun, dalam mengejar kemajuan hidup, ramai orang telah lalai dan lupa satu soalan penting iaitu: pernahkah kita bertanggungjwab terhadap kelakuan diri sendiri? Apabila kita sedang berusaha untuk berdaya saing dan mendahului pencabar-pencabar kita, pernahkan kita memberikan perhatian yang sewajarnya kepada ahli keluarga dan alam sekeliling? Adakah kita terlupa akan tanggungjawab yang kita perlu pikul?

Pencapaian terbesar dalm ilmu sains adalah membangkitkan harapan manusia terhadap masa depan mereka. Namun, pada masa yang sama, kita perlu menyedari bahawa wujudnya potensi krisis, lalu kita perlu mengambil tindakan untuk mencegahnya daripada berlaku. Sememangnya, melalui pendidikan yang berterusan, keperluan masyarakat terhadap kualiti kehidupan, sama ada kesihatan peribadi, keadaan kehidupan, ataupun interaksi dengan persekitran, telahpun mencapai pemahaman dan kemajuan yang signifikan. Walaupun begitu, masih terdapat sejumlah orang yang tidak mempunyai persepsi tersebut, secara khususnya, kebanyakan orang mengabaikan pengurusan kesihatan mereka.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia, pada tahun 2010 penyakit jantung telah menjadi pembunuh nombor satu di dunia, iaitu terdapat 1.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung. Ini bererti, dalam tiga kematian, satu daripadanya adalah disebabkan serangan penyakit jantung. Dalam tahun 2008, jumlah kematian akibat penyakit jantung di-Malaysia telah mencapai 46 ribu orang.

Indeks pesakit diabetes juga amat membimbangkan. Kini, jumlah pesakit diabetes global adalah sebanyak 150 juta orang. Kajian menganggar bahawa jikalau pada tahun 2025 kaedah rawatan baru masih belum ditemui, maka jumlah pesakit diabetes akan bertambah dua kali ganda iaitu meningkat kepada 300 juta orang. Hanya pada tahun 2003, US telah membelanjakan sebanyak 7.5 ribu juta US dolar sebagai kos rawatan bagi penyakit obesiti, dan sebanyak 140 ribu juta US dolar untuk merawati penyakit yang disebabkan obesiti. Penyakit lain seperti strok, penyakit ginjal, kanser, dan sebagainya membawakan kadar kematian yang tinggi dan peratusan kesembuhan yang rendah bahkan menakutkan orang ramai. Pelbagai mesej telah menjelaskan bahawa kesedaran orang ramai terhadap diri sendiri, kaum keluarga dan teman karib, juga tentang penjagaan kesihatan perlu ditingkatkan lagi, terutama sekali menggalakkan orang ramai untuk mengambil tindakan pencegahan.

Dalam bidang penyelidikan dan pembangunan herba, seorang pengusaha yang memainkan peranan navigator iaitu pengasas serta CEO Easy Pha-max, Datuk Yeat Sew Chuong menyedari bahawa ciri pertama dan kritikal bagi membangunkan negara yang berdaya saing mestilah mempunyai rakyat yang sihat dan bertenaga.

Datuk Yeat menyedari bahawa tanggungjawab pengusaha bukan hanya mencipta keuntungan kepada syarikat malah cara penyumbangan kepada masyarakat juga merupakan salah satu tanggungjawab yang tidak sepatutnya diabaikan. Dengan hasrat ingin menyelamatkan dunia serta atas dasar kemanusiaan, serta menyahut laungan kerajaan yang berbunyi “Rakyat Sihat, Negara Maju”, Datuk Yeat Sew Chuong telah mencadangkan program “Sihat 1 Malaysia” kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka rancangan yang bermakna ini telahpun mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan dan ia akan dilaksanakan ke peringkat seluruh negara.


Datuk Yeat sedar dan yakin bahawa hanya melalui program promosi rancangan yang berkesan sehubungan dengan struktur yang lengkap, peranti keras serta perisian yang sempurna dengan perkhidmatan yang komprehensif, barulah dapat menimbulkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan mempunyai harapan nyata lalu membawakan manfaat kepada masyarakat.

Sebenarnya, rakyat mesti mementingkan kesihatan diri sendiri. Mereka juga memahami bahawa jika terdapat salah seorang ahli keluarga mereka menghadapi masalah kesihatan yang serius, ini bukan sahaja menambahkan beban kewangan malah juga akan turut mengganggu jadual kehidupan mereka. Masalahnya ialah adakah tanda-tanda awal ditemui sebelum masalah kesihatan mejadi semakin buruk? Kita semua mengetahui kepentingan pengurusan kewangan tetapi apabila mengenai kesihatan iaitu kekayaan yang paling bahaya, bagaimanakah seharusnya kita menguruskannya dengan betul?

Demi mendorong pelaksanaan “Sihat 1 Malaysia”, Datuk Yeat Sew Chuong memperkenalkan hasil rekaan Easy Pha-max, SistemHealthy Life Software kepada seluruh rakyat negara. Perisian kesihatan komputer saintifik yang mudah diguna ini untuk membantu rakyat dalam pengurusan kesihatan dalam masa 24 jam sehari.

Sehubungan dengan penggunaan perisian kesihatan tersebut, Datuk Yeat Sew Chuong mengintegrasikan satu rancangan mengenai kesihatan yang lebih bermatlamat - Pusat Saringan Kesihatan HLS serta kedai Easy Pha-max bagi membekalkan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang lebih lengkap, komprehensif dan bijaksana!

Secara ringkas, rakyat boleh memantau keadaan kesihatan diri sendiri dengan menggunakan perisian kesihatan, juga melalui khidmat pusat kesihatan yang dibekalkan di Pusat Saringan Kesihatan HLS rakyat dapat memahami situasi kesihatan diri dengan lebih baik. Sementara itu, terdapat pasukan ahli dietetik yang bermutu tinggi di Pusat Saringan Kesihatan HLS memberikan nasihat profesional dan cadangan rawatan berdasarkan keperluan kesihatan rakyat yang berbagai jenis, memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.

Untuk mendapat produk kesihatan yang bermutu tinggi, kedai Easy Pha-max di bawah rangkaian Easy Pha-max adalah satu-satunya pilihan yang sesuai. Selain daripada produk hasilan Easy Pha-max, kedai Easy Pha-maxjuga membekalkan perkhidmatan maklumat kesihatan bagi menjawab keraguan rakyat.

Dengan kata lain, pelaksanaan perisian kesihatan, rakyat dapat melalui Pusat Saringan Kesihatan dan kedai Easy Pha-max membina satu sistem pengurusan kesihatan yang lengkap dan komprehensif termasuk pemantauan diri, pemeriksaan kesihatan, produk kesihatan dan konsultasi kesihatan.

Melalui saluran baru pengurusan kesihatan, ia dapat meningkatan kesedaran pengurusan kesihatan rakyat, menyediakan saluran yang berkesan, juga memberikan rakyat perkhidmatan sihat yang bijaksana, pada masa yang sama ia bergema dengan trend pengurusan kesihatan peribadi. Rancangan unik yang telah dicadang oleh Datuk Yeat Sew Chuong ini merupakan satu strategi yang berpandangan jauh dan beliau juga bersungguh-sungguh untuk membuka visi baru dalam industri kesihatan.

BRIM 2.0


 •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Monday, December 13, 2010

Bajet 2011 dilulus tanpa sebarang drama

2010/12/13

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) berjumlah RM212 bilion tanpa sebarang masalah.

Berbeza dari tahun lalu, Bajet 2011 diluluskan pada 7.25 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanadzlah, menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut hadir dalam Dewan Rakyat.
Bajet 2010 melalui detik mencemaskan di mana bacaan kali ketiga rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja pada 11.15 malam, 14 Disember 2009.

Berdasarkan undian belah bahagian yang dilakukan, hanya 66 undi, termasuk undian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyokong manakala 63 undi membantah.

Najib, pada 15 Oktober lalu membentangkan Bajet 2011 yang mencadangkan peruntukan RM212 bilion, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan untuk 2010.

Daripada jumlah itu RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri teruk "diasak" beberapa Ahli Parlimen yang tidak puas hati dengan jawapan Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berhubung isu saman ekor.

Jawapan Abu Seman bahawa kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tindakan saman ekor membangkitkan pelbagai reaksi daripada ahli dewan yang rata-rata menggesa kerajaan memansuhkan tindakan itu kerana ia disifatkan menyusahkan rakyat selain bertentangan dengan slogan "Rakyat didahulukan".

Abu Seman turut "diserang" apabila mengakui tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak yang membabitkan isu saman ekor Ogos lalu.

Dalam kes itu, mahkamah memutuskan JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Berdasarkan kes tersebut, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) serta Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mengasak Abu Seman mengenai isu kesahihan tindakan menyenarai hitam pesalah trafik itu dari segi undang-undang kerana pesalah tidak dipanggil untuk membela diri sebelum tindakan tersebut dikenakan.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata kerajaan harus berani membuat perubahan atau perlu menerima padah tindakan itu, sementara Datuk Muhamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyifatkan kerajaan boleh membuat perubahan itu sekiranya mahu.

Asakan-asakan itu bagaimanapun disambut dingin Abu Seman yang menjelaskan kebanyakan isu itu telah dijawab sebelum ini, lantas meneruskan penggulungannya bagi menjawab isu lain.